Monday, 10 June 2013
Introduction
Penanaman getah ini bermula setelah saya berhijrah kembali ke Penang. Kebun ini sebenarnya adalah peninggalan arwah datuk dan nenek saya. Sebelum ini kebun ini diusahakan oleh bapa saudara dan sepupu saya yg tinggal dekat dgn kebun tersebut. Memandangkan saya telah balik ke Kg, saya mula mengambil alih kebun tersebut memandangkan hasil yang diperolehi ketika itu sangat rendah jika dibandingkan dengan keluasan tanah iaitu lebih kurang 4 Hektar. Terdapat 4 petak kebun yg mana setiap satunya seluas lebih kurang 1 hektar, salah 1 dari kebun tersebut telahpun ditanam semula dan pokok getah berumur 4 tahun tetapi agak banyak pokok yg mati. Petak berkembar dengan tanah tersebut adalah tanah kampung yg mana sangat semak, asalnya adalah dusun buah-buahan tetapi sesetengah dari pokok buah telah ditebang dan hanya dibiarkan tanpa tanaman. Yg tinggal hanya beberapa pokok durian, cempedak, langsat, petai dan juga manggis. 2 petak tanah lagi yg mana salah satu terletak di bahagiah bawah dan 1 lagi di bahagian atas memanjang sehingga ke rizab hutan simpan kerajaan negeri Kedah adalah merupakan tanah untuk tanaman getah dan dari observation yg saya buat masa nak mengambil alih, terdapat kurang dari seratus pokok getah untuk setiap tanah tersebut, kebanyakan pokok telah mati dan menjadi sangat semak, nak masuk pun takut, pokok agak besar dan berumur dalam 40 tahun. Setelah mengambil alih dan berbincang dengan ahli keluarga, saya mengambil keputusan untuk menanam semula kedua-2 tanah tersebut manakala petak tanah kampung yg semak tu akan dibersihkan sendiri dan kami bercadang untuk menanam pokok buah-buahan dan juga disulam dengan sedikit pokok getah.
Labels:
Penanaman Getah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment