Tuesday, 4 June 2013

Welcome!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...pertama kalinya, saya ingin memperkenalkan diri saya iaitu Muhamad Taufik Bin Saedin selaku admin Blog ini manakala TFK-Agriculture adalah sebuah syarikat yang didaftarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan. Blog ini pula diwujudkan bertujuan untuk merekodkan setiap aktiviti pertanian dan penternakan yang dijalankan oleh TFK-Agriculture serta sebagai medium untuk maklumat dan juga untuk mempromosikan produk yang dikeluarkan.

Siapa Saya?
Saya adalah seorang pemuda biasa yang sangat meminati bidang pertanian. Minat ini telah timbul sejak saya masih bersekolah di sekolah kebangsaan(sekolah rendah) kerana sering mengikut ayah saya mengerjakan bendang yang merupakan sumber utama rezeki kami sekeluarga. Selepas habis SPM pada tahun 2003, saya telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di dalam bidang Computer Network. Setelah tamat, saya telah bekerja di sebuah syarikat  swasta. Kemudian berkahwin pada tahun 2009 dan menetap di Rawang, Selangor. Pada bulan September 2011, saya mengambil keputusan untuk berhijrah kembali ke kampung di Tasek Gelugur, Butterworth untuk menetap bersama keluarga memandangkan kesihatan ayah dan mak tidak berapa baik. Lagipun keempat-empat orang adik saya telah telah berhijrah untuk menyambung pelajaran dan dan ada yang bersekolah di sekolah berasrama penuh. setelah berhenti kerja di kl dan berhijrah, saya mula mencari kerja di area Penang, Alhamdulillah setelah sebulan menganggur, saya telah diterima bekerja di syarikat yang sama untuk Northern Region.

Menzahirkan angan-angan dan minat...
Semasa di KL, saya banyak berangan-angan untuk menjalankan aktiviti pertanian. Mengumpul maklumat dan melawat tempat-tempat pertanian. Setelah pulang ke kampung, saya mula merancang untuk memulakan projek pertanian yg mana telah tersimpan lama di hati. Langkah pertama, saya telah mengambilalih pengurusan kebun getah milik keluarga kami yang terletak di daerah Baling, Kedah seluas lebih kurang 4 hektar. Walaupun jarak antara kediaman dan kebun tersebut lebih kurang 70KM dan mengambil masa sejam untuk sampai, saya tekad untuk mengusahakan sendiri kebun tersebut memandangkan sesetengah kawasan kebun tersebut tidak lagi mendatangkan hasil dan sangat semak. Dari situ saya fikir kebun ini boleh memberi pulangan yg lebih baik jika diusahakan semula dan ditanam dengan tanaman baru. Bermula dari situ, saya berulang alik hampir setiap minggu untuk untuk ke kebun tersebut bagi menebas, meracun dan dan berbagai aktiviti lagi.
Selain di kebun tersebut, saya juga mengusahakan kebun kecil berhampiran rumah dengan menanam tanam secara semi-fertigasi. Projek pertama adalah Menanam Cili Kulai. Aktiviti-aktiviti ini akan saya rekodkan dalam page projek dengan lebih detail serta gambar-gambar projek.

No comments:

Post a Comment